Selasa, 14 Oktober 2014

Program Laksa Perdana 2014(Sarana)

Sarana Penglibatan Sekolah dengan Ibu Bapa dan Komuniti bertujuan memperkenalkan sekolah kepada enam (6) elemen yang akan menyokong Sistem Pembelajaran. Elemen-elemen tersebut, apabila dilaksanakan dengan sempurna akan meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka dan juga penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan sekolah.


Dalam merangka program bagi melaksanakan elemen-elemen yang menyokong pembelajaran, sekolah perlu bergabung dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) / Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) / alumni serta ahli komuniti setempat kerana semuanya merupakan rakan kongsi dalam mencemerlangkan murid.

Program Laksa Perdana ini merupakan salah satu cara dan alternatif pihak sekolah untuk mencari dana tabung PIBG.Disamping itu juga ianya bertujuan untuk mendekatkan serta meneratkan silaturahim masyarakat setempat dengan sekolah.Beberapa  gambar sekitar program tersebut:

Ahli komuniti(PIBG) sedang membuat persiapan




Kehadiran jemputan  komuniti setempat Chiku 7




PKP En Mazlan sedang melayan tetamu

Rombongan PPD Gua Musang




warga  Klinik Kesihatan Chiku 7

Tetamu yang hadir


Pn Hajah Mek Yah sedang melayan tetamu dari sekolah yang berdekatan


Isnin, 25 Oktober 2010

Jumaat, 26 Februari 2010